Pengurusan Supplier

Checklist mudah untuk menilai supplier baharu

Semakan asas sebelum membayar atau menjanjikan produk supplier baharu kepada pelanggan.

01

Sahkan identiti perniagaan

Pastikan nama pada quotation, invoice, akaun bank dan pendaftaran syarikat konsisten. Perubahan akaun bank pada saat akhir perlu disahkan menggunakan saluran komunikasi kedua.

  • Nama berdaftar dan alamat operasi.
  • Website serta email menggunakan domain syarikat jika ada.
  • Nombor telefon yang boleh dihubungi.
  • Maklumat akaun bank atas nama yang sepadan.
  • Rujukan pelanggan atau rekod projek yang munasabah.
02

Sahkan hak membekalkan produk

Untuk brand tertentu, minta surat pelantikan atau pengesahan daripada manufacturer. Semak skop wilayah, tempoh sah dan kategori produk dalam surat tersebut.

Jangan menganggap logo pada quotation membuktikan hubungan rasmi. Hubungi pihak manufacturer melalui maklumat hubungan bebas jika nilai transaksi tinggi atau keaslian kritikal.

03

Mulakan dengan risiko terkawal

Jika supplier masih baharu, pertimbangkan order percubaan, inspection, gambar sebelum penghantaran atau kaedah pembayaran yang memberi perlindungan munasabah.

Rekod pengalaman selepas setiap order: ketepatan spesifikasi, kualiti komunikasi, masa penghantaran dan cara mereka menyelesaikan masalah.

Nota: Sesuaikan setiap contoh dengan transaksi sebenar. Jangan masukkan maklumat pelanggan, harga atau dokumen sulit yang tidak diperlukan.